Hai untuk pos kali ini, berkenaan Godam Pejabat Pos.
Apa yang best sangat tentang menggodam pejabat Pos? Mungkin ada yg merasakan bahawa ianya GEMPAK atau Nothing! Sebenarnya, ianya adalah suatu rahsia pelik yang mungkin ramai tak terpikir melakukannya.
Disini admin ingin kongsikan beberapa trik yg tak terpikir dek otak kita.
#1 - Jika ingin hantarkan surat kepada seseorang, isikan Nama dan Alamat anda diruangan "KEPADA" dan lakukan sebaliknya di ruangan "DARIPADA" iaitu Nama dan Alamat Penerima. Kemudian Pos kan tanpa melekatkan sebarang stamp. Surat tanpa stamp akan dipulangkan kepada "penghantar".
#2 - Stamp yang telah dicopkan boleh diguna semula iaitu dengan menyapu sedikit gam (berasaskan air) ke atas stamp yang telah ditampal pada surat yang hendak di hantar. Penerima boleh mengguna semula dengan merendam Surat bersama stamp, kemudian lap sehingga hilang kesan cop. Nah! Stamp boleh digunakan semula dan kelihatan masih baru!